fbpx

Fify Azmi Tak Tolak Jodoh Dengan Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tiba-tiba sahaja muncul dakwaan pelakon Sharnaaz Ahmad kini sedang ‘mengorat’ pelakon Fify Azmi.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Fify berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang didakwa netizen sebaliknya hanya berkawan sahaja.

BACA: Sharnaaz Ahmad Dah Putus Dengan Azira Shafinaz?

“Biasalah netizen. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz. Dia (Sharnaaz) merupakan seorang yang suka membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar lakonan kepada saya,” katanya kepada Melodi.

Bagaimanapun, Fify mengakui Sharnaaz merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi idola yang diminatinya. Dalam pada itu, Fify tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan pelakon itu.

“Bila kita berkawan dengan idola kita sendiri, banyak soalan yang kita nak tanya dan dia banyak membantu saya. Terima kasih Sharnaaz. Tapi kalau ada jodoh, adalah,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fify didakwa meminati kaum sejenis gara-gara imejnya berambut pendek serta sering melakonkan watak lasak.

Bagaimanapun, Fify menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan dia masih wanita sejati dan mempunyai hati serta nafsu terhadap lelaki.