fbpx

Sharnaaz Ahmad Dah Putus Dengan Azira Shafinaz?

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada berkongsikan IG Live bersama rakan artis yang lain iaitu Shukri Yahaya, Hairul Azreen dan Zizan Razak.

Namun, ketika siaran tersebut apa yang menjadi perhatian ramai tiba-tiba sahaja muncul dakwaan Sharnaaz kini sedang ‘mengorat’ pelakon Fify Azmi.

BACA: Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi

Di ruangan komen IG Live tersebut, rata-rata peminat meninggalkan komen menyebut nama Fify malah pelakon wanita itu turut dikatakan sedang menonton Live tersebut.

Meskipun Sharnaaz tidak menyebut nama mana-mana selebriti, mamun peminat seolah sudah dapat menekanya.

Sementara itu, menerusi Instagra Fify, pelakon itu memuat naik gambar dirinya serta kapsyen seolah memberi bayangan mengenai dakwaan tersebut.

Susulan dakwaan tersebut, ramai peminat tertanya-tanya mengenai gosip Sharnaaz yang kononnya bercinta dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Jika benar mereka menjalin hubungan cinta kami doakan yang baik-baik sahaja dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.