fbpx

Fesyen Selebriti Di Pelancaran Program hlive! Astro

Nampaknya sebuah lagi program hiburan akan menghiasi hari hari anda dan kali ini ianya diberi nama hlive! terbitan pihak Astro. Program baru ini menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini melalui platform tonton, dengar dan baca. hlive! dengan kerjasama E! News juga membawakan liputan-liputan antarabangsa secara ekskusif.

Program terbaru hlive! ini bakal dikemudi oleh 4 pengacara baru yang hebat. Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Alif Farhan dan diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.

Program hlive! akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei secara ekslusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Satu majlis pelancaran untuk program baru ini telah diadakan baru baru ini di Kuala Lumpur dan berikut beberapa gaya juga fesyen selebriti yang hadir termasuklah nama nama popular seperti Zizan Razak, Emma Maembong, Tasha Shilla, Sharifah Sakinah, Hafiz Suip, Dato’ Siti Nurhaliza, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Enjoice! (rtky/bsr)