fbpx

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu festival kecergasan, Get Active Fest Watson 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City pada 27 Oktober lalu.

Festival yang dipenuhi dengan pelbagai acara kecergasan dalam tempoh masa sehari ini, mengamit lebih 10,000 peminat sukan kecergasan.

Menurut Pengarah Urusan Watson, Caryn Loh, festival ini merupakan satu penghargaan terbesar daripada Watson dengan menyeru pelbagai peringkat umur untuk sentiasa kekal sihat sepanjang hari.

“Disebabkan sokongan orang ramai terhadap senaman cergas terbesar kami ini dari tahun ke tahun kali ini kami menawarkan pengalaman yang lebih bermakna kepada orang ramai dengan mengadakan aktiviti sepanjang hari tanpa mengira peringkat umur,” katanya.

Menyedari kepentingan melatih menerusi kecergasaan ini perlu bermula dari kecil, Caryn Loh mengaharapkan festival terbesar Watson ini dapat memupuk nilai sukan dalam diri anak-anak.

“Festival ini juga bertujuan untuk mendekati keluarga dan kanak-kanak dengan memperkenalkan lebih banyak aktiviti kecergasan sebagai suatu keseronokan untuk keluarga sentiasa #GETACTIVE.

“Kita juga ingin menekankan pentingnya pendidikan dan amalan gaya hidup sihat kepada generasi muda,” tambahnya lagi.

Festival #GETACTIVE Watson ini merupakan festival terbesar yang diadakan buat kali pertama ini bermula pada jam 6 pagi dan dilengkapi dengan pelbagai acara menarik.

Termasuklah belon udara panas, pendakian dinding, taman permainan kembung gergasi dan bengkel gaya hidup bertemakan kesihatan dan kecantikan.

Turut disusuli dengan acara memasak dan dimeriahkan lagi dengan food truck di sepanjang festival tersebut.

Acara tarian Zumba Move Your Body menjadi acara penutup dengan sesi kecergasan selama 2 jam dan mendapat sambutan terhangat oleh orang ramai yang berkunjung ke festival gilang-gemilang anjuran Watson ini.

Turut memeriahkan festival tersebut adalah selebriti terkenal seperti Atilia Haron yang mengetuai Get Active Fest dengan senaman Yoga in the Park, Elite, Arja Lee, Ribbon Ooi, Pink Tan dan ramai lagi.

Jika anda ingin tahu lagi banyak barangan promosi atau aktiviti yang bakal diadakan oleh Watson. Anda boleh layari facebook Watson untuk lebih banyak info.