fbpx

Fendy Caliph Buskers Minta Rumah PPR, Tak Mampu Bayar Sewa Rumah

Hampir kesemua wang simpanannya digunakan untuk menyara kehidupan bersama seorang anak, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun berkata sudah setahun lebih dia bergantung pada duit simpanannya.

Menurut Fendy, jika sudah kehabisan duit, dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Perak. Tidak hanya berpeluk tubuh, Fendy membuat persembahan melalui online untuk dapatkan bantuan.

BACA: Azmi Caliph Buskers Akui Perlu Bantuan Kewangan

“Hampir tiga bulan saya dah macam nyawa-nyawa ikan. Sudah hujung-hujung sebab terdesak sangat. Duit simpanan dah habis, setahun lebih saya survive gunakan duit simpanan.

“Sampai satu tahap saya rasa dah tak boleh, kena buat sesuatu. Itu yang saya buat video untuk dapatkan bantuan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fendy berkata tujuan dia memuat naik video di Facebook adalah untuk meminta bantuan rumah mampu milik daripad pihak berwahib kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal.

“Saya fikir kalau tak dapat nak survive dekat sini mungkin saya akan balik kampung dan tunggu sampai keadaan baik semula.

“Saya tak ada bantua, bulan depan adalah bulan terakhir saya duduk di rumah ni sebab tak boleh bayar. Saya pindah sini bulan April dan tinggal berdua dengan anak. Alhamdulillah bab makanan memang tak terputus tapi masalah nak bayar sewa rumah dan utiliti,” katanya.

Terdahulu, Fendy berkahwin dengan seorang lagi anggota Caliph Buskers iaitu Nadira Rubin pada Mei 2014, namun bercerai pada 2018. Pasangan itu dikurniakan seroang cahaya mata kini berusia 6 tahun.