fbpx

Azmi Caliph Buskers Akui Perlu Bantuan Kewangan

Sudah lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui pendapatannya terjejas teruk apabila banyak tawaran persembahan nyanyian diterima sudah dibatalkan.

Menurut Azmi, dia dan Caliph Buskers sememangnya bergantung sepenuhnya dengan persembagan nyanyian. Malah, Azmi berkata dia kini terpaksa bergantung dengan pendapatan isterinya, Nazirah Muhammad yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

BACA: “Tiada Niat Hina Caliph Buskers, Ia Hanya Gurauan”

“Kalau dikira lebih daripada 10 tawaran persembahan saya dibatalkan. Justeru, kehidupan saya terasalah banyak berubah sejak PKP apabila pendapatan memang terjejas.

“Apatah lagi, selama ini saya dan juga rakan Caliph Buskers yang lain kami memang bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik dan menyanyi.

“Namun, untuk saya mujurlah isteri bekerja dan dia ada pendapatan bulanan bagi menampung kehidupan kami. Cuma, ia tidak cukup untuk membayar bil-bil dan sewa rumah,’ katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Azmi berkata dia ada menerima daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan pada kalangan rakan artis, namun tetap memerlukan kewangan untuk membayar bil dan sewa rumah.

“Bantuan diterima lebih kepada barangan keperluan makanan. Tetapi, realitinya saya dan kebanyakan rakan yang cacat penglihatan lain memerlukan juga kewangan.

“Pada masa sekarang, bantuan wang paling utama diperlukan ramai orang kerana nak bayar bil seperti elektrik, air dan telefon termasuk juga sewa rumah,” katanya.

Azmi mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nazirah juga cacat penglihatan pada 2011 dan kini menetap di Brickfields, Kuala Lumpur.