fbpx

Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Hati

Dalam diam, pelakon Fendy Bakry telah menamatkan zaman bujang dan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu dalam satu majlis sederhana malam semalam.

Menurut Fendy, majlis akad nikah diadakan di sebuah Dewan di Setia Alam yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Fendy berkata majlis nikah dibuat terlebih dahulu kerana mahu mendahulukan perkara wajib.

BACA: Netizen Lupakan Fattah Amin, Sekarang Fendy Bakry

https://www.instagram.com/p/CEhOSJzJbtV/?utm_source=ig_embed

“Alhamdulillah, terima kasih atas ucapannya. Majlis berlangsung semalam. Insya Allah untuk majlis resepsi saya akan jemput rakan media.

“Tapi majlis bukan dalam masa terdekat sebab masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi Instagram, Fendy meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Ujarnya, dia akan mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat dan akan menjemput rakan-rakan artis serta pihak media.