fbpx

Felixia Yeap Gigih Belajar Buat Biskut Raya

Setelah memeluk Islam pada Julai tahun lalu, kini Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap mengakui menanti Aidilfitri yang dianggap cukup bermakna buat dirinya selain turut menyatakan hasratnya untuk belajar buat biskut raya.

BACA: Felixia Yeap Kini Sah Selamat Bergelar Isteri

“Sebenarnya, saya suka makan dan kalau boleh semua makanan saya mahu makan! Tapi, Aidilfitri ini bukanlah sekadar untuk memuaskan nafsu makan semata-mata. Bagi saya, sudah cukup bersyukur sekiranya kita dapat makan dan bersama-sama meraikannya bersama keluarga tersayang”

“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk belajar buat biskut raya, memandangkan saya tidak pernah buat biskut dan tidak pernah guna oven. Saya akan mendapatkan resipi untuk membuat biskut daripada keluarga saya dan berharap agar mereka dapat membantu saya nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, pastinya raya tahun ini lebih bermakna buat Felixia kerana dia juga bakal menyambutnya bersama suami tersayang. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan meriah bersama keluarga tercinta. (rtky/s)