fbpx

Felix AF3 Akhiri Zaman Bujang Dengan Lydia Larius Selepas 6 Tahun

Ya, dua kisah pembuka pagi ini datang dari bekas pelajar Akademi Fantasia. Apa celop?

Dan cerita ini datang dari Felix AF3 yang kini entah apa cerita perkembangan seni beliau, tahu tahu sudah mahu kahwin.

Felix AF3 atau juga di’kenali sebagai Felix Agus ini bakal menamatkan zaman bujang beliau bersama insan terpilih Lydia Larius yang di’kenali sejak 6 tahun dulu.

Lydia Larius merupakan penari Lembaga Kebudayaan Sabah dan majlis perkahwinan mereka yang pertama akan di’langsungkan di sebelah pihak gadis ini di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah 17 September ini.

Resepsi sebelah pihak Felix Agus akan di’adakan pada 24 September hadapan di rumah ibu bapanya di Kota Belut.

“Soal perkahwinan sudah lama saya fikirkan sebelum ini namun ketika itu kewangan tidak mencukupi. Sekarang ini keadaan sudah mengizinkan dan saya memutuskan untuk berkahwin,” kata Felix AF3 kepada Harian Metro.