fbpx

Fazura Umum Jantina Anak Selepas Bersalin

Usia kandungan sudah mencecah lima bulan, pasti ramai peminat sudah tertanya-tanya sama ada pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin akan menimang cahaya mata lelaki ataupun perempuan.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di Insta Story, Fazura berkata mereka mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah bayi itu dilahirkan.

BACA: Fazura Tarik Nafas Lega Bebas Tuduhan Langgar Kontrak

Malah, Fazura memberitahu orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai jantina bayi mereka sebaliknya mohon supaya mendoakan agar dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat kerana itu lebih penting.

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Fattah dan Fazura dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini.