Fazura Tarik Nafas Lega Bebas Tuduhan Langgar Kontrak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Nur Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berhubung dakwaan melanggar perjanjian bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril menolak tuntutan saman yang pemilik syarikat Maydan Trading selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA: Usia Kandungan Cecah 5 Bulan, Fazura Shopping Kasut Baru
Keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada sebarang pelanggaran kontrak antara plaintif dengan Nur Fazura selaku defendan pertama malah Fazura yang dilantik sebagai duta ‘Q Tab’ telah menjalankan tugasnya dalam mempromosikan produk berkenaan.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan Maydan Trading untuk membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan pertama dan kedua sebanyak RM40,000.
Dalam pada itu, Fazura yang ditemani suaminya ke mahkamah meluahkan rasa syukur apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya. Malah, Fazura turut terkejut apabila mendapati produk tersebut tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.
“Saya bersyukur semuanya telah selesai dan keadilan akhirnya memihak kepada saya. Ternyata mahkamah telah membuktikan kontrak itu adalah tidak sah dan dinyatakan juga bahawa produk itu adalah haram dan apa yang didakwa oleh plaintif adalah tidak berasas” katanya.
Dalam pada itu, Fazura berkata dia akan lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak selepas ini. Menurut Fazura, niatnya hanya untuk membantu peniaga Melayu tapi sebaliknya yang berlaku.
“Niat saya baik dari awal iaitu nak bantu syarikat milik Melayu, tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin Maydan Trading juga boleh ambil iktibar jangan sesuka hati nak heret orang ke mahkamah tanpa asas.
“Saya sebenarya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah,” katanya
Terdahulu, Fazura disaman pemilik syarikat Maydan Trading atas dakwaan melanggar perjanjian syarikat selepas pelakon yang juga penyanyi itu melancarkan produk kesihatan dan kecantikan Trudolly dalam tempoh perjanjian.
- SUMBER
- Harian Metro
Tahniah!!! Lots of loves…
Produk haram?
lega kimk. sdh minta maafkah kes dulu?
dah nak beranak dah ini. tak takutkah kimk.
nak berlakon mcm lopak juga ke
peguam qtab tak tahu kah produk plaintif tak da approval? still ambil kes
Ni bukti bahawa retis2 ni mmg sauk je apa2 offer asalkan duit masuk..mana kisah part safety or health effects..n most importantly diorg x pakai pun apa diorg promote..jz pakai time promotion/iklan je..so peminat xyah la nk taksub smpai habis duit rosakkan diri pakai produk retis pakai .
Ni pic baru ke..betoi la org kata prmpn ni bila dah start ngandung n beranak mmg cpt nmpm tua .dulu time x kawen/ baru kawen umur dh lewat pun masih nmpk mcm muda n anak dara..hargailah pengorbanan seorg ibu
Alhamdulillah.. Kak faz.. Btw moga kakfaz bahagia selalu dgn abang fattah yg hensem dan sado.. Itteww.. Love sgt..