fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila selebriti popular Neelofa menerima kejutan hadiah rantai tangan jenama mewah LV daripada suaminya, PU Riz.

Terbaru, giliran pelakon Fazura pula memuat naik gambar di Insta Story apabila suaminya,, Fattah Amin menghadiahkan barangan jenama mewah, Chanel.

BACA: Mahu Tiga Anak, Fazura Rancang Anak Kedua Hujung Tahun Ini

Menerusi entri itu, Fazura turut menitipkan rasa sayang serta mengucapkan terima kasih buat suaminya serta mendoakan agar dilimpahkan rezeki.

Sementara itu, di media sosial rata-rata netizen membandingkan Fazura dan Neelofa. Malah, netizen  mendakwa berlawan-lawan nak menunjuk suami siapa paling terbaik.

Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran untuk melihat hadiah apa diterima diterima kedua mereka selepas ini.

Dalam pada itu, ada yang melihat perkongsian mereka itu sesuatu yang positif dimana sangat bertuah kedua mereka dikurniakan suami yang pandai menghargai.