Mahu Tiga Anak, Fazura Rancang Anak Kedua Hujung Tahun Ini
Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui merancang untuk menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini.
Memetik Astro Gempak, Fazura berkata dia bersedia untuk menimang anak lagi apatah lagi anak sulungnya, Fatima sangat sukakan bayi.
BACA: Fazura Beri Hint Mahu Anak Kedua?
“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun. Dia juga selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi. Jadi saya tahu dia sangat sukakan bayi.
“Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura berkata dia merancang untuk mempunyai tiga cahaya mata dan mahukan anak lelaki jika diberikan rezeki.
“InsyaAllah, kalau ada rezeki sebenarnya saya nak anak lelaki. Yelah mestilah nak sepasang. Tapi pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.
“Kalau kembar, saya lebih suka jika mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,” katanya.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan permata hati sulung diberi nama Nur Fatima Aisya.
- SUMBER
- Astro Gempak
congrats kak zura n abang amin..
usaha selalu yea.. jaga pemakanan.. tips anak kembar
Nak buat anak pon nak heboh dkt semua orang keeee hahahah
hint nk buat ivf utk dptkan anak kembar??
bilal pun masa baring di dalam bassinet mahal suka juga tengok bayi.
akhir tahun ini dia ada hint suruh umi lopak beranak mcm auntie kimk juga.
sama pula minat timah anak.patah dengan bilal anak pensyarah kanan puriz.
ha ha ha
Ko ni bertelur sebiji riuh sekampung!!! Phuiii
Sebaiknya, buat je dulu. Dah ada isi, baru umum. Good luck. Jgn tunggu lama sgt. In reality, Wanita mmg ada expiry date.
expired!! tet!!!!!!!!!!!!!
BUKAN dgr hari tu xmau ke.. ttbe geng plan… dia pun sama… hurm
Comellla abang Fattah ni…dah la sado..untong kak faz…
Moga dikurniakan zuriat