fbpx

Fazura Sahkan Hamil Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura dan Fattah Amin yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita baik itu dikongsikan di laman Instagram miliknya sebentar, dimana Fazura mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Menerusi perkongsiannya itu, Fazura turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Ujarnya lagi, dia yakin bahawa Allah lebih mengetahui waktu yang tepat untuk mereka menimang cahaya.

BACA: Fazura Diam-Diam Sumbang Dana Untuk Kerja Amal Zarina Anjoulie

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang tidak berhenti mendoakan untuk mereka agar dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun setakat ini Fazura masih belum mendedahkan jantina bayi pertama mereka. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2017.