fbpx

Fazura Perjelas Situasi Sebenar ‘Baby Bump’

Nampaknya buat masa sekarang, peminat pasangan Fattzura perlu bersabar terlebih dahulu kerana buat masa sekarang pelakon dan penyanyi ini menjelaskan bahawa baby bump yang kelihatan dalam gambar-gambar baru ini bukanlah seperti apa yang diimpikan peminat.

BACA: Baby Bump Fazura Kelihatan, Peminat Ucap Tahniah

“Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil. Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors,” jelasnya kepada BH Online.

Tambah Fazura lagi, jika benar dia sudah hamil, dia tidak akan merahsiakan perkara tersebut dan pasti akan berkongsikan perkara tersebut kepada peminatnya.

“Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,” katanya lagi. Jadi doa-doa sajalah yang terbaik buat pasangan ini. (rtky/s)