fbpx

Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Instagram

Hanya kerana salah sangka terhadap salah satu komen yang ditinggalkan di laman Instagramnya, Fazura telah memuatnaik semula gambar komen tersebut dan diakhiri dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

BACA: Fazura Anggap Gosip Buat Pembedahan Plastik Paling Mengarut

Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Instagram - ROTIKAYA_in

Bagaimanapun, khalayak di laman sosial menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan adalah Kim Kardashian dan bukannya… – well, kami rasa anda boleh agak sendiri apa ayat tersebut. Selain itu, ramai juga yang pelik dengan keengganan Fazura memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Bagaimanapun kami lihat gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura mungkin bagi mengelakkan perbalahan yang lebih teruk dan semestinya membuang masa. Dia kemudiannya memuatnaik gambar terbaru dengan merujuk kembali terhadap apa yang terjadi.

Menurut Fazura, selama ini dia sudah cukup bersabar dengan tohmahan orang ramai dan dalam masa yang sama dia sebagai manusia tidak dapat lari daripada perasaan marah. Bagaimanapun, Fazura menasihati peminatnya agar menggunakan perkataan yang membuatkan orang ramai kurang senang. (rtky/s)