fbpx

Fazura Anggap Gosip Buat Pembedahan Plastik Paling Mengarut

Bermula dengan rancangan Facing Up To Fazura, pelbagai pendedahan telah dilakukan dan baru-baru ini melalui satu temuramah bersama The Star, pelakon dan penyanyi ini telah mendedahkan antara perkara yang pernah membuatkannya sakit hati satu ketika dahulu.

BACA: Nur Fazura: Saya Mahukan Yang Terbaik, Bukan Popular

“Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli. Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu dan punggung”

“Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” jelasnya kepada The Star. Selain itu, Fazura juga menyatakan bahawa dia kini berasa selesa hidup solo malah apa yang diimpikannya sebelum ini turut tercapai.

Sementara itu, berbicara mengenai lelaki, Fazura menjelaskan bahawa dia sering kali berhadapan dengan lelaki yang hanya datang di dalam hidupnya hanya kerana paras rupa sedangkan pelakon ini mendambakan lelaki yang bijak dan juga tahu menghormati wanita. (rtky/s)