fbpx

Fazura Luah Rasa Sayu Teringatkan Arwah Ayah

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat naik gambar ros putih beserta kapsyen panjang sempena hari lahir arwah bapanya menerusi Instagram. Fazura berkata jika bapanya masih ada lagi, bapanya kini berusia 64 tahun.

Menerusi entri itu, Fazura turut meluahkan rasa sayu mengenangkan jika bapanya sempat untuk melihat dirinya yang kini sedang hamil dan bakal melahirkan anak pertamanya. Kata Fazura lagi, dia sangat rindukan bapanya dan terasa dekat meskipun bapanya sudah tiada.

BACA: Fazura Umum Jantina Anak Selepas Bersalin

“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today. Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.

“Rindu tak terkata. Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut memohon para peminatnya untuk menitipkan doa buat arwah bapanya agar sentiasa berada di dalam keredhaann Allah.

“Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Fattah dan Fazura dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini.