fbpx

Fazura, Fattah Pilih Nama Anak Nur Fatima Aisya

Selepas seminggu menimang cahaya mata sulung pada Jumaat lalu, pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya mendedahkan nama puteri kesayangannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian di Instagram @Fattzuralovelife, turut dimuat naik video pelakon itu sedang mendakap anaknya. Bagaimanapun, Fattah dan Fazura memilih untuk tidak lagi mendedahkan anak mereka kepada umum memandangkan usia anaknya terlalu muda.

BACA: Nur Fazura Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji keindahan nama anak pasangan itu serta mendoakan Fatima Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Malah, peminat juga tidak sabar untuk melihat wajah anak sulung mereka itu.