Nur Fazura Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
ahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura yang selamat menimang cahaya mata perempuan sebentar tadi. Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh mereka menerusi Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Fazura turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran zuriat pertama pada hari yang barakah iaitu hari Jumaat dan mengatakan anak mereka berada dalam keadaan sihat dan sempurna.
BACA: Sarat 8 Bulan, Fattah Amin Bimbang Fazura Masih Kuat Bekerja
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” tulisnya.
Tambah Fattah dan Fazura, mereka memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah puteri kesayangan mereka selain berterima kasih kepada para peminat yang tidak henti mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata sulung pasangan itu dan permudahkan segala urusan.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada April lalu .
Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang baik dan solehah.. congratulations fattzura
Alahmdulillah…Semoga semuanya sihat.dan selamat berpantang Fazura.
Alhamdulillah semoga ibu & anak dalam keadaan selamat..Selamat Berpantang Fazura !!!
Alhamdulillah tahniah,hope sgt nama dia Fatimah Aisyah sbb Fattah prnh ckp nk ltk nama tu kalau dpt baby girl. Jangan ltk nama modern pulak ya.
Sibuk je dgn nma anak org dah knp?
Yg korang nk ber congrats ni korng pikir they ols baca kah? Lol
Habes Lofa cam ner?
Suka ati dorg laa nk ucap tahniah ke pe. Bkn ko yg bayar bil internet diorg pun ngoks!
syukur alhamdulillah. semoga baby dan ibu sihat. tahniah fatah & fazura
Syukur moga jd anak yg solehah….
syukur ada sdh kimk jr
semoga sihat
Ko kena Covid-19 ke Minami?
Mana komen aku
betul la minami tu ckp. sentap kenapa? benda baik org nak ckp pon salah. org yg tak suka benda naik ni kena check balik hati.. sampai nak bercovid covid kan org pulak ish