Kemelut rumah tangga pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila aktres itu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya hari ini.
Memetik Oh Bulan, apa yang menjadi perhatian Fazura memfailkan cerai sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah bertarikh 14 September.
BACA: Fazura Mahu Fatima Kuat & Tabah
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi hantaran dikongsikan Fazura tahun lalu, aktres itu menyambut hari lahir Fattah dengan penuh meriah dihadiri rakan rapat dan selebriti lain.
Dalam pada itu, Oh Bulan cuba menghubungi Fattah namun tidak berhasil apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Hari ini, Fazura dilapor memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
SUMBER: Oh Bulan