fbpx

Fazura Mahu Fatima Kuat & Tabah

Pelakon Fazura dilihat ada memuat naik gambar hitam putih memeluk anak perempuannya, Nur Fatima Aisya di Instagram @fattzuralovelife sebentar tadi.

Menerusi entri itu, Fazura menitipkan nasihat buat Fatima agar terus kuat dalam mengharungi cabaran kehidupan pada masa yang mendatang.

BACA: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Dikecam Tak Sensitif

“Kuat dan tabah. Itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti,” tulisnya.

Hari ini, Fazura dilapor memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.