fbpx

Fazura Bangga Miliki Suami Kacak Seperti Fattah Amin

Mengakui terkejut apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020, pelakon dan penyanyi Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya.

Tidak menyangka namanya akan tersenarai sekali lagi, Fattah berkata sebelum ini namanya pernah masuk dalam senarai tersebut hasil undian peminat.

BACA: Fazura, Fattah Pilih Nama Anak Nur Fatima Aisya

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan. Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka. Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi isterinya apabila dia tersenarai dalam lelaki paling kacak di dunia, Fattah berkata Fazura ada memuat naik semula di Instagramnya.

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek.