fbpx

Fazura Bakal Berduet Dengan Westlife?

Wah! berita baik kepada peminat Fattzura kerana Fazura khabarnya bakal berduet dengan salah seorang ahli kumpulan pop antarabangsa terkenal, Shane Westlife. Lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album kedua Fazura nanti.

BACA: “Kami Bukan ‘Kilang’ Hasilkan Anak, Apabila Masanya Tiba Ia Akan Berlaku”

Difahamkan perbincangan mengenai duet diantara Fazura dan Shane sudah lama dibincangkan namun kekangan masa mereka terpaksa menunda. Kongsi Fazura lagi, beliau akan bertemu Shane pada Konsert Elmina Lakeside, 19 Januari.

“Pihak syarikat rakaman Universal ada bertanya sekiranya berminat untuk kolaborasi dengan Shane. Sudah tentu saya mahu kerana peminat Westlife sejak dulu selain dia penyanyi antarabangsa terkenal”

“Tak sabar untuk bertemu Shane. Paling penting perlu ada keserasian antara kami untuk menjayakan kolaborasi itu. Kalau semuanya dipermudahkan, lagu itu akan dimuat dalam album kedua yang akan dilancarkan tahun depan,” jelasnya.

Selain itu, Fazura juga memberitahu suaminya, Fattah Amin juga akan turut serta dalam konsert yang akan diadakan Januari nanti. Seronoklah peminat Fattzura layan suara merdu selebriti kesayangan mereka nanti! (rtky/w)