fbpx

Hampir setahun mendirikan rumah tangga pasti ramai peminat menantikan Fattzura junior. Baru-baru ini menerusi Instagram, pelakon Fattah Amin ada memberitahu isterinya, Nur Fazura kurang sihat. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat membuat spekulasi mungkin Fazura kini sudah hamil.

Bagaimanapun, Fazura menjelaskan baru-baru ini beliau ada menerima rawatan di sebuah hospital kerana kesan alergi terhadap makanan dan bukan kerana beliau hamil.

BACA: Fazura Masak Sedap Tapi Fattah Amin Larang Ke Dapur

Dalam masa sama, walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing, Fazura mengakui dia dan Fattah mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata dan kini sedang berusaha, namun menyerahkan semuanya kepada rezeki Tuhan.

“Apa yang saya ingin katakan pada peminat, kami buka ‘kilang’ untuk menghasilkan anak dan apabila masanya tiba, Tuhan merestui, ia akan berlaku. Buat masa ini, sedang bersenam dan mencuba,” katanya kepada Astro Gempak.

Apa pun, ramai peminat yang tidak sabar menunggu dan mendoakan agar pasangan sensasi itu segera dikurniakan cahaya mata.