fbpx

Fazura Bagi Hint Sudah Mengandung?

Bagi siapa mengikuti perkembangan pasangan merpati dua sejoli, Fattah Amin dan Fazura, mereka kini sedang asyik berbulan madu di sekitar Eropah. Tapi apa yang menariknya, menerusi sebuah video, Fazura seperti memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang hamil.

BACA: 4 Keistimewaan Fattah Amin Di Mata Fazura

“Bukan apa, kot kot mengidam ke apa. Kot kot lah I cakap,” katanya sambil ketawa apabila ditegur rakan melihatnya makan dalam kuantiti yang banyak menerusi video dimuat naik di Instagram.

Melalui video yang diambil, Fazura asyik menyapu jem di atas ‘scone’ sehingga ditegur oleh rakannya kerana makan terlalu banyak. Bagaimanapun jawapan Fazura membuatkan ramai berharap pasangan itu akan menimang cahaya mata dengan cepat.

Video yang diambil ketika majlis pelancaran produk kecantikan yang menampilkan Fazura sebagai duta di London itu telah menarik perhatian peminat di sini. Selain doa yang mencurah-curah dari peminat, ramai yang teruja andai berita tersebut benar. (rtky/w)