fbpx

Fazley Yaakob Kini Sedang Sambung PhD, Rebut Kembali Gelaran Doktor

Sekitar hujung tahun lalu, Malaysia di’kejutkan dengan pendedahan PhD di’miliki Fazley Yaakob meragukan status’nya.

Ekoran kontroversi itu, Fazley Yaakob meletak jawatan dari kolej milik beliau — Kolej Antarabangsa Fazley.

Fazley Yaakob sebenarnya tidak memerlukan sebarang kelulusan tinggi untuk menjadi pemilik sebuah kolej, namun biasalah orang kita, suka memperbesarkan keadaan.

Tetapi itu tidak mematahkan semangat ahli perniagaan berwawasan ini. Fazley Yaakob melalui Twitter hari ini berkongsi berita gembira dengan semua.

Fazley Yaakob baru sahaja menerima keputusan memberangsangkan untuk lima kertas peperiksaan yang beliau ambil semester lepas untuk pengajian peringkat PhD dalam Psikologi.

Tahniah buat Fazley Yaakob dan menurut maklum balas beliau kepada peminat, pengajian PhD yang di’ambil baru setengah jalan dan banyak lagi yang perlu di’lakukan untuk bergelar Dr Fazley Yaakob secara rasmi.

Rotikaya HQ ada bertanyakan kepada empunya badan di universiti manakah beliau melanjutkan PhD untuk kali ini. Kami masih menunggu jawapan Fazley Yaakob. Stay tuned!