fbpx

Fazley Yaakob Lancarkan Buku Cenderahati Motivasi Santai #Cinta

Kami sebenarnya sentiasa kagum dengan selebriti yang sentiasa mengetengahkan sesuatu yang positif sebagai perkembangan kerjaya — Fazley Yaakob salah seorang.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Sabtu lalu berlangsung satu majlis ringkas tetap meriah yang di’anjurkan oleh Fazley Yaakob bersempena dengan pelancaran buku nukilan terbaru beliau Motivasi Santai #Cinta.

Kami agak teruja apabila mengetahui yang buku tulisan terbaru Fazley Yaakob ini bukan 999 mukasurat tetapi lebih kepada halaman halaman menarik penuh dengan kata kata motivasi berkaitan dunia cinta.

Menurut Fazley Yaakob, nukilan yang ada dalam buku ini adalah hasil tulisan beliau di Twitter (@FazleyYaakob) yang menerima maklum balas dari peminat paling tinggi — terutamanya retweet.

Meletakkan harga RM9.90 untuk senaskah buku Motivasi Santai #Cinta ini, ia’nya pada kami memang sesuai untuk semua peringkat umur yang tahu menilai erti cinta & mahukan kata kata indah buat pelembut hati si dia.