Fazley Yaakob Bidas Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung
Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil membidas kecaman netizen yang mengkritik isterinya, Datin Azrene Ahmad yang menindik subang hidung.
Memuat naik komen netizen itu di Instagram, Fazley membalas dengan menegur individu itu supaya tidak sibuk tentang hal orang lain.
BACA: Gimik Cekik Melampau Sangat, Fazley Yaakob Bimbang Jadi Ikutan Budak Kecil
Menulis kapsyen panjang, Fazley berkata dia tidak faham dengan sikap manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberikan komen sinis terhadap orang lain.
Ujarnya, kebiasaannya jika berdepan dengan netizen seperti itu dia akan terus padam komen namun kali ini dia cuba untuk membalas dengan cara kasar.
“Tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Jangan risau, saya tetap maafkan.
“Cuma, kali ni saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri. Selalunya saya delete dan block terus. Tapi kali ni saya bagi peluang orang lain baca juga,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa kurang senang terhadap netizen yang suka mencari kesalahan orang lain terutama selebriti seolah mereka ini paling sempurna.
“Bukan saya sahaja, tapi ramai di kalangan rakan2 selebriti yang terkena komen-komen. Pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak islam ke.
“Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstik haram, dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!
“Hebat betul orang-orang yang komen ni. Seolah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan,” tulisnya.
Retis2 cm korg yg gigih nk up diri kt socmed nk mintak viral, nk mintak likes bnyk2, nk mintak share, nk mintak trending dan popular di socmed pastu dpt komen negatif nk koyak? Nk sentap?
jika nak netizen berhenti komen retis jangan show off atau upload utk tatapan umum abis citer. jika di lihat retis seolah memberi peluang pada netizen. perasan tak artis lama jarang kena hentam dgn netizen sebab apa? mereka jauh dari media social atau privatekan life mereka utk tatapan
TAKDER NETIZEN TAKDER RETIS OK BYE
apa kata anggap content yg dimuat naik selebriti tu mcm content dari makcik pakcik sepupu sedara mara kita? kalau sedara mara kita upload gmbr, kita buh like saja dan berambus kan? idok laa kita nk komen dia tindik hidung ke, tindik pusat ke, baju mcm kelambu ke, buah betik terjojol ke.. sbb apa? sbb kita rasa perlu utk jaga hati sedara mara walaupun deep inside kita mmg x suka tp dlm hati kita kata puiii, tp kita scroll laju2 dan buat2 x nampak ja. idup itu mudah bukan?????
mana da ugama dia nih.. boleh g mam
Yahsini ….. Ada dalil atau fatwa ke kata tak boleh tindik hidung ??
Tindik telinga ok, tindik tempat yang lain ikut org Jahiliyah. Limit di telinga je. Nanti Ada je org bertudung start tindik mata, bibir,pipi lepas nanti tanya mana hadith? Perhiasan di wanita juga hanya untuk keluarga.
WAHAI ENCIK FAZLEY. NI AKU WAKIL NETIZEN NAK KOMEN. SBG ARTIS, TUNJUKKN BNDA YG ELOK PD FOLLOWER. KLU ORG PUJi, BKN MAIN BANGGA. TP BILA ORG CUIT SIKIT CPT SGT MELATAH. KO TAK SUKA ORG KOMEN. OFF LA. MEMALUKAN SBG ARTIS LGSG TK BLH TEGUR HAIH
dr dlu mmg xske dia ni..
dia lah spesis laki..mens always right..
org kecam dia x boleh…hahah