Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai aksi cekik oleh pelakon Iqram Dinzly Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Fazley Yaakob yang kurang senang dengan perbuatan tersebut yang dilihat tidak sesuai untuk dikongsikan di media sosial.

Kata cef selebriti itu, tiada salahnya untuk membuat gimik untuk memperomosikan sesuatu tetapi bimbang jika perbuatan tersebut menjadi ikutan anak kecil.


BACA: Netizen Samakan Wajah Fazley Yaakob Dengan Zayn Malik

“Gimik tak salah tapi gimik seperti mencekik itu agak keterlaluan. Kalau betul untuk promosikan drama, tak apa itu cara mereka.

‘Cuma saya kurang setuju dengan perbuatan itu yang boleh menjadi ikutan. Bagaimanapun kalau anak kecil cekik adiknya atau pukul kepala dengan alasan gimik saja? Kalau nak buat gimik perlu ada kajian.


“Artis ini menjadi ikutan masyarakat, sudah tentu yang tidak baik senang diikuti dan yang baik itu susah diikuti,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley berpendapat tidak salah melakukan gimik namun perlu ada batas supaya ianya tidak memburukkan imej seseorang selebriti itu.

“Gimik tak salah, viral marketing lagi bagus. Orang-orang di Malaysia memang gemar sesuatu yang viral. Namun perlu ada batas supaya tidak menjadi ikutan,” katanya.