fbpx

Faye Kusairi Tidak Cemburu Azmi Hatta Jumpa Anak

Selepas pengakuan beraninya terhadap hubungan cinta yang terjalin bersama bekas suami Elly Mazlein, Faye Kusairi memberitahu, beliau sedikit pun tidak rasa cemburu melihat Azmi melawat bekas isteri dan juga anak. Malah, beliau sendiri mencadangkan Azmi berbuat demikian.

BACA: Faye Kusairi, Azmi Hatta Cari Tarikh Sesuai Kahwin

“Kenapa saya perlu cemburu. Saya sokong keputusannya itu. Malah sebelum ini sayalah yang mencadangkan kepada dia. Tapi saya tidak hebahkan kepada orang lain, lagi pun orang sudah membenci saya, kita kata apa, orang tidak akan percaya,” jelasnya kepada Projek MMO berhubung dengan pertemuan Azmi dengan anaknya.

Hal ini berikutan tindakan Azmi yang datang bertemu dengan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia buat pertama kali selepas selesai kes mahkamah berhubung dengan penceraiannya bersama Elly. Selain itu, Faye turut memaklumkan bahawa dirinya kini sedang sibuk berbincang mengenai perancangan majlis perkahwinannya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu menurut Faye lagi, majlis perkahwinan tetap akan diteruskan walaupun ramai pihak yang mengecam hubungan mereka dan berkemungkinan majlis pernikahan bakal diadakan selepas perayaan Aidilfitri depan. Apapun buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga segala perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar. (rkty/w)