fbpx

Faye Iskandar Alami Komplikasi Hamil

Setiap ibu yang hamil pasti berbeza dugaannya, begitulah dengan Faye Kusairi yang kini hamil lapan bulan. Namun kandungannya mengalami beberapa masalah di mana kedudukan uri di bawah serta Anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

BACA: Faye Kusairi Sahkan Hamil 3 Bulan

“Awalnya doktor kata saya berdepan dengan major PP, tetapi menerusi pemeriksaan minggu lalu, doktor maklumkan uri saya berada di tahap satu dan dua di mana uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim dan adakala bergerak sedikit di bahagian rahim”

“Doktor juga sahkan saya ada anemia iaitu kurang sel darah merah semasa hamil, yang secara tidak langsung membimbangkan kerana saya mudah mengalami pendarahan akibat uri bawah dan kalau ada pendarahan yang banyak ia akan menyebabkan saya kehilangan darah,” katanya.

Disebabkan itu, kini Faye banyak berehat di rumah dan menghabiskan masa menjahit bantal untuk anak pertamanya. Dalam keadaan ini, Faye redha dengan dugaan yang diberikan namun katanya, suami banyak membantunya ketika hamil.

Semoga Faye kuat meneruskan dugaan yang diberikan, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. (rtky/w)