Pelakon, Faye Kusairi meluahkan rasa terkilannya terhadap kecuaian pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menceroboh rumah keluarganya baru-baru ini. Malah beliau juga rasa teraniaya apabila ada pihak membuat laporan palsu hingga rumah keluarganya diserbu Ahad lalu.

BACA: Faye Kusairi Minta Elly Mazlein Tarik Balik Tuduhan


“Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini. Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung”

“Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi. Saya ada hak untuk mengetahui siapakah pengadu itu kerana saya juga risau akan keselamatan saya,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tegasnya lagi, apa yang lebih merisaukan adalah individu terbabit mengatahui kelima kereta miliknya dan keluarga sehingga membuatkan beliau takut untuk keluar rumah. Dengan itu, beliau telah membuat keputusan untuk membuat satu lagi laporan berkaitan dengan keselamatan diri. (rkty/w)