Fauziah Nawi Sambung Master, Sasar Genggam PhD

Pelakon veteran Datuk Fauziah Nawi membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu apabila dirinya kini menyambung pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah memuat naik gambarnya memegang kad pelajar dan berkongsikan keputusannya menyambung pengajian pasti akan menggembirakan arwah bapanya.

BACA: “Auntie Okay” – Fauziah Nawi Pantang Dipanggil Makcik

“Perkara yang pastinya menggembirakan arwah bapa, Tuan Haji Nawi Mukri,” tulisnya.

Sementara itu, Fauziah seolah memberi bayangan mahu menyasarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat  Doktor Falsafah (PhD) satu hari nanti.

×