fbpx

Fauziah Nawi Bengang Ada Produksi Ambil Pelakon Tak Vaksin

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa marah dengan tindakan penerbit dan produksi yang mengambil pelakon belum belum lengkap vaksin.

Fauziah berkata dia bimbang kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tahu akan perkara itu.

BACA: Fauziah Nawi Sanggup Jumpa Agong, PM Minta Izin Jalani Penggambaran

“Macam mana ada producer dan pengurus produksi (PM) boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik.

“Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #FINAS dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam diamlah janganlah nak menganjing,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu video, Fauziah meminta semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ujarnya, meskipun vaksinasi merupakan pilihan masing-masing namun dia berharap semua pihak tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

“Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak jangan cakap. Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan sombong,” katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa satu bagi industri kreatif berkuatkuasa 9 September ini.