Sejak mengetahui yang Fauziah Ahmad Daud (Ogy) bakal mengendalikan Melodi minggu ini, memang kami tertunggu tunggu di’hadapan kaca televisyen untuk melihat comeback sementara pengacara sensasi ini.
Ogy Ahmad Daud mengikut sejarahnya pernah menjadi pengacara untuk program Melodi untuk satu jangkamasa yang lama juga & ketika itu tidak salah jika kami katakan merupakan zaman kemuncak untuk program hiburan tersebut.
Maklumbalas awal yang kami terima selepas Ogy Ahmad Daud bersiaran secara solo hari ini rata rata bersetuju jika pengacara yang masih belum hilang taring’nya ini di’kekalkan.
Jadi, kami di’sini ingin mengumpulkan pendapat anda semua melalui undian ringkas di’bawah dan berharap ada orang atasan Media Prima yang sudi mendengar keputusan majoriti undian ini. Heh. (Foto Ihsan: Irma Mohamad, TV3)
[poll id=”39″]