Fattah & Amira Dipuji Utamakan Solat Walau Sedang Melancong

Pasti ramai tahu pasangan selebriti kegemaran ramai iaitu Fattah Amin dan Amira Othman kini berada di luar negara atas urusan kerja serta berbulan madu.

Meskipun sibuk dengan urusan kerja dan melancong, namun pasangan tersebut tetap mengutamakan solat fardhu.

BACA: Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif“ Di Pelamin Fattah & Amira 

@radenswissk

@Fattah Amin @Amira Othman Fattah Amin ?? Amira Othman Cinta sampi ke Syurga In shaa Allah Amenn ?? Pengajaran utk kita yg Travel walau kt mna pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat…Thnks FA dan AO f#fattah??amiras#selamatpengantinbaru????s#swissmanAndTravelaswissTeam#swissman??

? For the Rest of My Life – Maher Zain

Seorang individu merupakan tour guide berkongsi foto yang memaparkan Fattah sedang memakai kasut dipercayai baru selesai solat manakala Amira pula sedang mendirikan solat di sebuah kedai makanan.

“Cinta sampai ke syurga, insyaAllah. Pengajaran untuk kita yang melancong, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat, ” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pasangan tersebut yang tetap menjalankan tanggungjawab mereka biar dimana pun berada.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa pasangan tersebut ada kala dilihat tidak berpegangan tangan berkemungkinan sedang menjaga wuduk.

×