Sejak kebelakangan ini penampilan pelakon Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila dilihat sering tampil berhijab dalam perkongsian di media sosial.
Tidak mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun suaminya pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa isterinya itu sudah berhijab sepenuhnya.
BACA: Fazura Lancar Koleksi Tudung Terbaru, 20,000 Helai Habis Terjual
Meluahkan rasa syukur, Fattah mengakui dia tidak pernah berhenti berdoa agar isterinya mengubah penampilan kepada menutup aurat dan kini Fazura sudah pun berhijab.
“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah bertudung,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkongsikan sepanjang pandemik ini dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya. Ujarnya, destinasi pertama yang ingin dilawati bersama anaknya selepas pandemik Covid-19 berakhir adalah zoo.
“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya.
“Tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan,” katanya.