fbpx

Fattah Amin Sambung Belajar PhD, Jadi Inspirasi

Selepas kontroversi kelab peminat dibubarkan, Fattah Amin agak menyepi di radar dunia hiburan selain menghabiskan masa bersama isteri. Rupa-rupanya Fattah kini sibuk menyambung pelajaran di peringkat PHD.

BACA: “Saya Tak Pernah Kawal Hidup Fattah Amin”

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah memuat naik gambar dirinya sedang menulis nota di dalam kelas di sebuah universiti. Ramai memuji sikap aktor terbabit yang bukan hanya bersandar pada rupa tapi beauty with brain.

Kegigihan Fattah meneruskan pengajian biarpun sudah berada dalam populariti mendapat pujian peminat yang rata-rata menjadikan beliau inspirasi untuk mengejar ilmu. Samapaikan ada yang mahu mendaftar di pusat pengajian sama!

Dalam ruangan komen, ramai menyokong hasrat Fattah dan mendoakan beliau berjaya menggenggam sijil PHD. Harap-harap pelajar sekelas Fattah fokus apa yang diterangkan lecturer di depan ya! (rtky/w)