fbpx

Fattah Amin Lancar 5 Lagu Zikir Sempena Ramadan

Sempena bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir eksklusif yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Memetik Astro Awani, Fattah berkata ia merupakan satu penghormatan buat dirinya dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.

BACA: Tamat Pengajian Di UUM, Fattah Amin Dapat Anugerah Dekan 

Menurut Fattah lagi, dia berharap alunan zikir-zikir berkenaan dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya.

Antara lima zikir yang dialunkan itu iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wala Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Difahamkan, lagu-lagu zikir ini boleh dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadan ini.