Tamat Pengajian Di UUM, Fattah Amin Dapat Anugerah Dekan
Perkongsian pelakon Fattah Amin menjadi perhatian apabila berkongsikan momen kejayaannya apabila menerima Anugerah Dekan bagi semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menerusi entri tersebut, pelakon filem Mat Kilau yang sudah pun tamat pengajian tersebut turut memuat naik foto dan video menerima sijil anugerah berkenaan.
BACA: Dah Tak Kayu, Netizen Puji Lakonan Fattah Amin Makin Mantap
Memetik mStar Online, selain Fattah Amin, beberapa artis lain termasuk penyanyi Amir Masdi, Tomok, Haziq dan Pekin Ibrahim turut menerima anugerah tersebut.
View this post on Instagram
Menurut Fattah, dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian namun kejayaan itu membakar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi iaitu peringkat sarjana selepas ini.
“Syukur Alhamdulillah akhirnya tamat pengajian. Rasanya sepanjang tahun 2017 adalah tempoh paling sukar sebab ketika itu saya terlibat dengan banyak penggambaran.
“Saya ada niat untuk sambung ke peringkat seterusnya tapi belum ada perancangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, diruangan komen Instagram, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelakon itu. Malah, ramai yang memuji bukan sahaja memiliki rupa paras kacak, malah seorang yang bijak.
- SUMBER
- mStar Online
Pak cik ini tahun 2002 komplik semua dapat D.Litt.PhD, M.A, B.Ed.Hons & Dip.Ed./Cert.Ed. Pada masa itupun umur sudah 48 tahun.
DAPAT DEGREE NI BUKAN BOLEH HELAK
DIRI DARI KAU TU BERLAKON MCAM KAYU BELUTI KERAS KEJUNG !!! BUKAN BOLEH BUAT ANAK KAU TU JADIK COMEL PUN !
Nak lawan jah lop ke? Suami jah lop pak lebai graduate uiam. Patah tak patah semangat akhirnya setaraf dapat ijazah uum gak. Selagi korang hidup lawan jgn tak lawan janji bini korang puas. HahahA.
Blh le patah carik keja guna ijazah tu hehe..