Berlakon sudah, menyanyi pun sudah, nampaknya selepas hampir 10 tahun bergelar anak seni, Fattah Amin kini mula mengorak langkah dalam bidang pengacaraan pula.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bakal bergelar pengacara dalam program realiti berjudul Sukses 4.0, Fattah akui ia bukan tugas mudah namun dia menerima tawaran tersebut memandangkan sudah lama berada dalam industri.
BACA: Fattah Amin Dipuji Tak Kekok Jaga Anak
“Ketika menerima tawaran ini, saya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan. Saya terima tawaran ini sebagai peluang baru untuk saya ceburi selepas hampir sedekad berada dalam industri hiburan.
“Walaupun sedar tanggungjawab yang dipikul ini tidak mudah, tapi saya cuba sehabis baik untuk memastikan segala perkongsian dapat disampaikan secara jelas dan bersahaja.
“Setakat ini, saya tidak hadapi sebarang kesukaran, cuma saya perlu pastikan pembabitan saya sebagai pengacara dapat diterima ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkata beberapa hari sebelum penggambaran, dia ada menghubungi pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi untuk bertanyakan mengenai teknik pengacaraan.
“Kerjaya ini masih baru bagi saya. Namun, saya tiada masalah untuk bermula dari bawah. Setiap orang melalui proses pembelajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih baik. Namun, sebagai persiapan saya ada bertanya kepada Paknil sebelum memasuki set penggambaran hujung bulan lalu.
“Alhamdulillah banyak tips dan ilmu baru saya pelajari dengannya. Dia sangat positif dan tidak lokek berkongsi pengalaman dimiliki,” katanya.
Program Sukses yang dibawakan SME Bank kini muncul dengan jenama Sukses 4.0. Berbeza dengan tiga musim lalu, Sukses 4.0 kini tampil dengan konsep realiti bagi mencungkil bakat usahawan era pemasaran digital.