fbpx

Fattah Amin Dipuji Tak Kekok Jaga Anak

Umum mengetahui pasangan selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 2 Oktober lalu yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Malah, pasangan itu tidak lokek berkongsikan kehidupan baharu serta momen bersama puteri kesayangan mereka menerusi akaun Instagram @fattzuralovelife.

BACA: Wanita Ini Dikecam Hina Anak Fattah, Fazura Sumbing

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)

Baru-baru ini akaun tersebut berkongsikan video ‘throwback’ memaparkan Fattah sedang mendodoikan anak ketika masih berada di hospital.

Kebiasaannya bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya agak kekok untuk memegang anak sendiri namun ramai memuji pelakon itu langsung tak kekok mendodoi anaknya dengan penuh kasih sayang.

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai netizen mengatakan mahu melihat wajah anak pasangan itu. Meskipun sudah anak mereka sudah mencecah tiga bulan, bagaimanapun pasangan itu belum lagi mendedahkan wajah puteri mereka kepada umum.