Fattah Amin, Fazura Berduet Rakam Semula Seloka Hari Raya
Tak lengkap rasanya hari raya jika tiada dendangan lagu-lagu raya dahulu. Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura mahu mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu Hari Raya klasik berjudul Seloka Hari Raya.
Menurut Fattah, dia dan Fazura merakamkan semula lagu yang dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid itu sebagai hadiah buat peminat. Malah, Fattah mengakui lagu tersebut mempunyai keistimewaan dan mereka merakamkannya mengikut cara tersendiri.
BACA: Peminat Puji Fazura Sebagai Wanita Paling Cantik
“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan tersendiri dan diminati ramai. Justeru, apabila Universal Music Malaysia memberi idea untuk merakamkan lagu ini, kami terus setuju.
“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan teman saya, Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup,” katanya kepada BH Online.
Fazura berkata, usaha merakamkan semula lagu ikonik itu adalah suatu penghargaan mereka kepada pencipta dan penyanyi asal lagu berkenaan.
Dalam pada itu, Fazura memberitahu lagu berkenaan dirakamkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi dan berharap para peminat yang sekian menantikan lagu duet Hari Raya dari mereka sukakannya.
“Saya harap peminat suka lagu ini kerana ia adalah hadiah buat mereka yang menantikan lagu duet Hari Raya daripada kami,” katanya.
Lagu Seloka Hari Raya versi Fattah dan Fazura boleh didapati di semua pelantar digital mulai semalam. Video muzik akan dilancarkan di Youtube Universal Music Malaysia, hari ini.
- SUMBER
- BH Online
Uji Rashida ??? Sapo itu Uji Rashida??? Adik beradik dengan tabung uji ke ??
Serabut dua ekor idung kembang ni takleh dok diam ke?
Wow..makin hensem abg fattah skrang.eeerr geram betul .dah lah macho pandai nyanyi lg…sweeet sesgt
Fazz suara ketak~letak.. Fatah okla
Comelnya abang fattah n kakfaz pakai bju kuning.. Terserlah kehensemman mu.. Dah la sado.. I nk sado mcm abang fattah jgk.. Wish me luck.. Puasa pn hensem n kakfaz kekal cntik… Selamat berpuasa.. Moga abang fattah n kakfaz bahagia n happy Selalu..
bertambah kemurungan raya thn ni..
bkn khai bahar dgn nana pernah berduet lagu ni ke? raya 2thn lps kot.. tp yelah.. korang jgn compare plak nanti dgn fatzura.. ermm xpelah.. ai puasa.. xmo ckp byk :D
cer nyanyi live sket.. tgk sama ke x.. takut auto tune lg je