fbpx

Wanita Ini Dikecam Hina Anak Fattah, Fazura Sumbing

Usia anak sulung mereka sudah mencecah dua bulan, bagaimanapun pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin mengambil keputusan untuk tidak lagi mendedahkan wajah puteri mereka kepada umum.

Namun hangat diperkatakan menerusi ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan, apabila seorang wanita melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak pasangan itu.

BACA: Fazura, Fattah Amin Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Seperti sudah dijangka, kenyataan wanita itu mengundang kecaman netizen yang kurang senang dengan penghinaan tersebut. Kesal dengan tindakan wanita itu, netizen berkata jika tiada perkara baik diperkatakan lebih baik berdiam diri.

Malah, netizen turut mengatakan bagaimana perasaan anak-anak wanita tersebut jika mengetahui ibu mereka melemparkan komen sedemikian rupa terhadap orang lain.

Dalam pada itu, ada yang mengingatkan bahawa kenyataan wanita berkenaan merupakan satu penghinaan ataupun body shaming dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.