Masih lagi berteka-teki, pasangan yang sering dikaitkan bersama iaitu Fattah Amin dan juga Fazura nampaknya kini mengundang satu lagi persoalan kepada peminat merekalah terutamanya.

BACA: Fattah Amin Dan Fazura Tunai Umrah Bersama?


Ini berikutan laporan Harian Metro baru-baru ini yang bertungkus lumus mendapatkan maklumat mengenai pasangan ini yang dikhabarkan sudah pun bertunang dan bakal bernikah di tanah suci.


Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kerana kebanyakan individu yang rapat dengan pasangan ini enggan memberikan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.

Menurut laporan portal berita itu lagi, hasil tinjauan mendapati khemah yang didirikan di perkarangan rumah (dipercayai kediaman nenek Fazura) dihias umpama sebuah majlis perkahwinan.



Lebih hangat lagi, sumber akhbar tersebut juga menyatakan bahawa Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam di lokasi sama dan dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Mekah ketika dalam tempoh mereka mengerjakan umrah. (rtky/s)