fbpx

Fattah Amin Akan Terus Menyanyi Selagi Ada Yang Nak Dengar

Meskipun nyanyiannya sering dikritik, namun Fattah Amin mengatakan dia serius bergelar penyanyi. Fattah berkata ramai peminat mengenalinya sebagai pelakon namun dia sememangnya minat menyanyi sejak dahulu lagi.

BACA: Fattah Amin Nafi Populariti Jatuh Selepas Kahwin

“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius. Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap.

“Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia akan terus menyanyi selagi ada pemintaan dan peminat yang mahy mendengarkan nyanyiannya. Ujarnya lagi, meskipun sibuk dengan berlakon tidak berhenti menerima undangan untuk mengadakan persembahan.

“Saya merakamkan single pertama, Wanita Terakhir sekadar melepaskan kerinduan menyanyi, tetapi tidak sangka pula menjadi siulan ramai.

“Saya akan meneruskan selagi ada permintaan dan peminat mahu mendengar saya menyanyi. Alhamdulillah, saya tidak putus-putus diundang mengadakan persembahan.

“Bagi saya, saya tidak perlu membuktikan kehebatan, buat sahaja seperti yang diingini. Biar peminat menilai, saya akan terus menghasilkan single baharu jika mereka suka,” katanya.