fbpx

Fatin Afeefa Serik Kahwin Lagi, Tak Mahu Terikat

Kegagalan rumah tangga sebelum ini membuatkan Fatin Afeefa serik untuk membuka hatinya kembali. Menurut Fatin, beliau gembira dengan kehidupan sekarang yang tidak terikat dengan komitmen bersama suami.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Kerana Penat Kerja, Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

“Saya tidak lagi mempercayai perkahwinan. Saya dah ada dua orang anak, untuk apa lagi saya nak berkahwin? Anda takkan dapat bayangkan bertapa ramainya netizen yang mendesak dan tanya saya untuk kahwin”

“Saya pernah tanya mereka untuk apa mereka suruh saya berkahwin kerana saya tak jumpa sebab kukuh untuk saya mendirikan rumah tangga lagi. Saya sangat-sangat selesa dengan kehidupan sekarang kerana sudah tidak perlu stress”

Mempunyai dua orang cahaya mata, Fatin memberitahu sebagai ibu tunggal beliau tidak pernah merasa terbeban membesarkan anak sendirian. Malah baginya anak-anak tidak memerlukan kasih saya seorang bapa lagi.

“Saya suka dengan kehidupan sekarang dan tak sukakan kehidupan yang terikat. Saya tidak fikir anak-anak perlukan kasih sayang daripada seorang lelaki kerana dalam tempoh ini saya boleh menjadi kedua-duanya,” katanya.

Mungkin ada benarnya apabila ada yang berkata, wanita kalau sudah move on memang susah untuk pandang ke belakang lagi. Kagum dengan semangat Fatin yang sudah terbiasa berdikari sendirian. (rtky/w)