fbpx

Kerana Penat Kerja, Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

Sebelum ini Fatin Afeefa ada meluahkan rasa benci dengan kehidupan yang dilaluinya dan jika boleh mahu mati sahaja. Jelas Fatin, luahan itu kerana beliau terlalu penat bekerja dan hanya luahan semata.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Kisah Silam Fatin Afeefa Undang Persoalan Netizen

“Status itu sekadar luahan perasaan saya sahaja. Bukannya saya betul-betul nak bunuh diri. Dah tentu kalau melakukan perkara itu berdosa besar. Saya muat naik status itu di Twitter itu disebabkan terlalu penat”

“Saya kerja tanpa henti dan tidur hanya dua tiga jam sahaja. Biasalah bila kalau sudah terlalu penat dan letih ini memang akan meroyan sikit. Apa yang saya lakukan sekarang kerja tanpa henti demi anak-anak saya”

Bagaimanapun luahan Fatin mendapat kecaman ramai kerana keinginannya mahu bunuh diri disaat Tuhan memberikan rezeki. Malah ada juga risau dan mendakwa Fatin mengalami kemurungan.

“Saya tak nak letak diri ada masalah depresi sebab hanya doktor sahaja boleh sahkan. Bukan hanya senang-senang nak kata kita ada depresi. Saya cuma terlalu penat sahaja dan perlukan rehat,” jelasnya. (rtky/w)