Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Fatin Afeefa seolah berang dengan tindakan bekas suaminya, Adam Shahz yang didakwa membuka kisah cerai mereka dan pemberian nafkah anak-anak.
Menurut laporan Xtra, Fatin dilihat ada memuat naik satu paparan komen yang ditinggalkan pada satu posting TikTok bekas suaminya.
BACA: 6 Bulan Bergelar Usahawan, Fatin Afeefa Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz
Menerusi entri itu, Fatin menafikan dakwaan ditulis bekas suaminya itu serta menyifatkan ianya sebagai fitnah. Fatin turut mendedahkan, bekas suaminya itu tidak memberi nafkah pada anak-anak mereka selama 4 tahun.
“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply. Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun.
“Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.
Sementara itu, memetik portal Cari Forum, Adam didakwa ada menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada bekas isteri dan dia tmemberi nafkah setiap bulan pada anak-anaknya.
“Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu.
“Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia,” tulisnya.
Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 namun bercerai pada 2017.